Orientasi Fakulti

Pada 11 Julai 2009 yang lalu, Fakulti Pengurusan Hospitaliti di bawah pimpinan Persatuan Siswa-siswi Fakulti Pengurusan Hospitaliti (HOMSSA) telah menganjurkan satu program yang dilakukan setiap semester iaitu Program Minggu Suai Kenal 2009. Program ini di sokong dan dilaksanakan dengan jayanya oleh ahli jawatankuasa HOMSSA sendiri, para pelajar semester 1,2,3,4,6 dan pensyarah Fakulti Pengurusan Hospitaliti. Program ini melibatkan 170 orang pelajar termasuk AJK. Program ini berlangsung di Auditorium Pujangga Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Malaka dan dirasmikan oleh Encik Shariffudun Bin Amir. Pelajar yang terlibat untuk program orientasi ini adalah terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2 Fakulti Pengurusan Hospitaliti. Antara aktivi-aktiviti yang ddijalankan semasa program ini adalah seperti tazkirah, aktiviti riadah seperti sukan dan permainan, malam kebudayaan, latihan dalam kumpulan, dan penyampaian hadiah bagi pemenang.

Sepanjang aktiviti berlangsung, kesemua siswa dan siswi seta urusetia menunjukan sikap dan displin yang baik. Secara keseluruhanya, program ini berjalan dengan langcar sekali tanpa ada sebarang masalah. Di sini juga, kami ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program suai kenal ini secara langsung mahupun tidak langsung. Ucapan terima kasih juga kepada pihak pentadbiran kerana membenarkan dan membantu kami dalam menjalankan aktiviti ini. Terima kasih =)

























































No posts.
No posts.